Home Nasional Deepavali: 1,534 anggota dan pegawai digerakkan pantau keselamatan
Nasional

Deepavali: 1,534 anggota dan pegawai digerakkan pantau keselamatan

Deepavali: 1,534 anggota dan pegawai digerakkan pantau keselamatan

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar

JOHOR BAHRU, 26 Oktober– Polis Johor mengatur gerak seramai 1,534 anggota dan pegawai bertugas sempena sambutan Deepavali, hujung minggu ini.

Daripada jumlah itu, 95 pegawai dan anggota polis ditugaskan di dua pintu masuk negara iaitu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor untuk mengatasi kesesakan.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata selain penugasan dan pemantauan di lapangan, pihaknya turut menasihatkan mereka yang pulang ke kampung halaman memanfaatkan aplikasi volunteer smartphone patrol (VSP) bagi pencegahan jenayah di kediaman masing-masing.

\”Kita akan memantau dan memastikan kawasan perumahan yang ditinggalkan selamat. Kita lipat gandakan rondaan.

Sehingga kini, kita ada lebih kurang 80 orang telah menghantar VSP dan borang,\” kata M. Kumar kepada pemberita selepas mengadakan tinjaun di Bazaar Deepavali, di sini.

Dalam sidang media sama, beliau turut memaklumkan tiada tangkapan suspek baharu dalam kes culik seorang ahli perniagaan di daerah itu, 13 Oktober lalu.

Siasatan masih dijalankan terhadap 13 individu yang ditahan sebelum ini termasuk mereka yang direman sehingga 29 Oktober ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....