Home Nasional DBP mohon Sabah diiktiraf sebagai Kota Sastera UNESCO
Nasional

DBP mohon Sabah diiktiraf sebagai Kota Sastera UNESCO

DBP mohon Sabah diiktiraf sebagai Kota Sastera UNESCO

Gambar hiasan

KOTA KINABALU, 28 Disember – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negeri Sabah akan memohon pengiktirafan bagi Sabah sebagai Kota Sastera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), menjadikan ia kota ke-60 di dunia yang mendapat status itu.

Exco Agama dan Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sabah telah memenuhi prasyarat yang ditetapkan, termasuk pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan yang berlandaskan aktiviti kesusasteraan.

\”Antaranya kita sudah ada perpustakaan, universiti, serta pelbagai kegiatan sastera. Kini kita hanya perlu menyelaraskan usaha-usaha ini. Mudah-mudahan, permohonan ini mendapat kelulusan dan akan menyumbang kepada pelancongan sastera, ilmu, serta budaya,\” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Persatuan Karyawan Sastera Utara di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada setiap persatuan penulis yang aktif dan berdaftar di Sabah mulai tahun hadapan.

Peruntukan tersebut bertujuan membolehkan persatuan berkenaan melaksanakan aktiviti kesusasteraan dan menerbitkan karya seperti puisi, antologi cerpen, dan lain-lain yang berunsur sastera.

Majlis makan malam itu turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Sastera Utara Sabah, Tokoh Karyawan Sastera Utara (KSU), Tokoh Penyair Islam Utara Sabah, serta Tokoh Pelopor Karyawan Sastera Utara Sabah.

Selain itu, turut disampaikan ialah Anugerah Penyair Utara, Penggerak KSU, dan Sijil Penghargaan Penyair Utara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....