Home Nasional DBKL mula kajian geoteknikal di ibu kota – Zaliha
Nasional

DBKL mula kajian geoteknikal di ibu kota – Zaliha

DBKL mula kajian geoteknikal di ibu kota – Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 26 Oktober– Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kajian geoteknikal secara mendalam di kawasan segi tiga emas di ibu kota, mulai tahun depan.

Usaha itu sebagai langkah susulan terhadap insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Ogos lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk tujuan kajian berkenaan.

\”Kajian geoteknikal sebelum ini memang dilaksanakan tetapi kita lakukan biasanya di kawasan yang bercerun. Namun, kali ini kita juga mewajibkan kajian teknikal dikemukakan daripada pemaju sebelum kita meluluskan apa-apa kebenaran merancang.

Jadi, tidak kira kawasan itu adalah tempat bercerun, kawasan lapang, di tanah rata atau pun di mana-mana sahaja di Kuala Lumpur, kita khususkan mereka untuk kemuka kajian geoteknikal,\” kata Dr. Zaliha kepada pemberita pada Program Pemantapan Pengurusan Hartanah WP Putrajaya 2024, hari ini.

Tegasnya, langkah itu akan mengurangkan risiko bahaya pada masa hadapan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....