Home Nasional DBKL fokus pengurangan risiko banjir menjelang ASEAN 2025
Nasional

DBKL fokus pengurangan risiko banjir menjelang ASEAN 2025

DBKL fokus pengurangan risiko banjir menjelang ASEAN 2025

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif / Foto RTM

PUTRAJAYA, 24 Oktober – Pembangunan infrastruktur, termasuk projek pengurangan risiko banjir di ibu negara, menjadi salah satu daripada lima tumpuan utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata antara fokus lain DBKL adalah pengindahan, pencahayaan, penambahbaikan jalan serta promosi ASEAN 2025.

\”Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah membersihkan longkang yang tersumbat dengan kerjasama SWCorp dan Alam Flora. Kedua, kita perlu membersihkan sungai dan juga melihat kepada kolam takungan air.

\”Dulu, pembersihan sungai dilakukan setiap tiga bulan, namun kini ia dilakukan dua kali sebulan bermula Oktober ini dan seterusnya,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Wilayah Persekutuan, di sini.

Dr. Maimunah turut memaklumkan, DBKL bekerjasama dengan bangunan komersial dan hotel untuk promosi serta pencahayaan bangunan di sekitar Kuala Lumpur menjelang ASEAN 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....