Home Nasional Data prestasi Kerajaan MADANI dibentang minggu depan – Fahmi
Nasional

Data prestasi Kerajaan MADANI dibentang minggu depan – Fahmi

Data prestasi Kerajaan MADANI dibentang minggu depan – Fahmi

Fahmi Fadzil (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Julina Johan (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa (kiri) pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos– Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi berhubung pencapaian Kerajaan MADANI yang akan dibentangkan Perdana Menteri minggu depan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata, data berkenaan adalah selari kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan pada Julai tahun lepas.

\”Hasil lebih kurang setahun ini, Insya-Allah akan diserahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk dibentangkan (data prestasi atau pencapaian) bagi makluman kepada semua dan sebagai rakyat biasa kita mampu lihat bahawa usaha (Kerajaan MADANI) selama lebih setahun ini membuahkan hasil.

\”Pelaburan telah meningkat berbanding tahun lalu. Laporan menunjukkan jumlah syarikat yang disenaraikan Malaysia bagi setengah tahun pertama ini, jauh lebih tinggi berbanding beberapa negara Asia Tenggara.

\”Kita lihat nilai mata wang ringgit telah mengukuh, setakat semalam ringgit berbanding AS dollar pada paras 4.415 dan kita juga tahu inflasi kekal rendah,\” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...