Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Dasar Kanak-Kanak Negara dilancar, perkukuh usaha jaga kebajikan
Nasional

Dasar Kanak-Kanak Negara dilancar, perkukuh usaha jaga kebajikan

Dasar Kanak-Kanak Negara dilancar, perkukuh usaha jaga kebajikan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 November– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata dasar tersebut merupakan langkah memperkukuh usaha menjaga kebajikan kanak-kanak.

Ini termasuk memberi tumpuan kepada aspek perlindungan daripada keganasan, eksploitasi dan pengabaian.

\”Kita lihat apa yang berlaku hari ini. Kanak-kanak juga kita biarkan mereka terlibat, penyertaan mereka perlu ada.

Perlindungan untuk kita melakukannya. Itu adalah segera. Selain itu, advokasi juga sedang dijalankan,\” kata Nancy kepada pemberita, hari ini.

Datuk Seri Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 di ibu negara.

Mengenai struktur kerja Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) yang ditubuhkan oleh KPWKM untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, Nancy berkata jumlah kakitangan JPKK akan ditambah setiap tahun hingga 2026 bagi membolehkan jabatan itu diiktiraf sebagai jabatan yang beroperasi secara sendirian.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...