Home Nasional Dana MDEC untuk permainan digital, status LRT3 tumpunan Dewan Rakyat
Nasional

Dana MDEC untuk permainan digital, status LRT3 tumpunan Dewan Rakyat

Dana MDEC untuk permainan digital, status LRT3 tumpunan Dewan Rakyat

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan mengenai permainan digital tempatan yang menerima dana Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan status terkini projek lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syahredzan Johan (PH-Bangi) meminta Menteri Digital menyatakan permainan digital tempatan sama ada komputer atau video yang menerima dana MDEC sejak 2014 hingga kini, serta jumlah dana diterima bagi setiap permainan dan hasil jualan bagi setiap permainan tersebut pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini, termasuk unjuran tarikh pengoperasian serta implikasi kos tambahan yang terlibat berbanding unjuran asal.

Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) pula meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bersedia membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terpilih untuk menunaikan haji dengan mengeluarkan simpanan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2025) selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada 18 Oktober lepas.

Setakat minggu lepas, 75 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan Bebas mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu dengan antara isu dibangkitkan ialah mengenai pelaksanaan gaji minimum dan subsidi bersasar.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember.-BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....