Home Nasional Dakwaan MCA berhasrat keluar daripada BN tidak benar
Nasional

Dakwaan MCA berhasrat keluar daripada BN tidak benar

Dakwaan MCA berhasrat keluar daripada BN tidak benar

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan parti komponannya, MCA didakwa berhasrat mahu meninggalkan gabungan selepas 72 tahun bersama.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, spekulasi MCA akan keluar daripada BN hanya kenyataan yang dicipta oleh golongan tertentu.

\”MCA telah pun membuat kenyataan bahawa itu hanya lah merupakan khabar angin yang cuba dicipta oleh kalangan tertentu. Presiden dan juga Setiausaha Agung MCA telahpun mengeluarkan kenyataan, memaklumkan bahawa perkara itu tidak berlaku.

\”Kita sentiasa mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Jadi, tidak ada masalah daripada segi melibatkan parti nak keluar semua ini. Kita sentiasa bersama termasuk dalam hal-hal berkaitan dengan suasana politik
dan sebagainya, kita bincang secara terbuka,\”katanya.

Datuk Seri Dr Zambry berkata kepada media selepas merasmikan merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2024 di ibu negara.

Semalam, media melaporkan MCA didakwa mahu keluar daripada BN susulan pucuk pimpinan dan akar umbi tidak lagi gembira dengan kedudukan parti terbabit dalam BN.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...