Home Nasional Daerah Jeli kembali dilanda banjir
Nasional

Daerah Jeli kembali dilanda banjir

Daerah Jeli kembali dilanda banjir

Foto RTM

TUMPAT, 5 Disember – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah telah dibuka semula menempatkan 15 penduduk terjejas banjir, selepas daerah Jeli sekali lagi dilanda banjir.

Ia sekali gus menjadikan jumlah terkini penduduk terjejas banjir di Kelantan ialah seramai 23, 366 orang terdiri daripada 7,551 keluarga yang berlindung di 50 PPS.

Portal InfoBencana JKM melaporkan setakat pukul 11.00 malam, daerah Tumpat merekodkan jumlah tertinggi iaitu 13, 879 individu daripada 4,345 keluarga di 32 PPS.

Manakala Pasir Mas pula 9,468 individu daripada 3,202 keluarga berlindung di 17 PPS.

Di Pahang pula setakat pukul 11.00 malam jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Maran kekal seramai 15 orang daripada lima buah keluarga.

Menurut portal InfoBencana JKM, kesemua penduduk terjejas itu kini masih berlindung di sebuah PPS di Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, sungai Luit di kampung subuh, Maran telah melepasi aras bahaya dengan bacaan 27.18 meter berbanding aras normal 24 meter.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....