Home Nasional Curi motosikal, tujuh remaja diberkas polis
Nasional

Curi motosikal, tujuh remaja diberkas polis

Curi motosikal, tujuh remaja diberkas polis

Foto RTM

LABUAN, 7 Ogos-Tujuh remaja ditahan Polis Labuan kerana terbabit dalam kes kecurian empat buah motosikal yang berlaku dalam tempoh sebulan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Hamizi Halim berkata, pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi mengesan suspek yang berjaya membawa kepada penahanan dua remaja yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek merupakan motosikal yang dilaporkan hilang.

Kesemua laporan yang diterima telah di siasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu kecurian kenderaan.

Siasatan lanjut, membawa kepada penangkapan lima lagi remaja menjadikan kesemua yang ditahan adalah tujuh suspek berumur 14 hingga 18 tahun.

Tiga buah motosikal yang dicuri berjaya ditemui semula dalam keseluruhan operasi berkenaan.

\”Dengan cara membuang motosikal tersebut di sebatang sungai berhampiran dengan tempat kejadian, dipandu arah oleh suspek dan pihak kami telah mendapat bantuan daripada unit selam polis Marin dan juga pasukan Forensik daripada jabatan siasatan jenayah kontinjen Sabah.

\”Kita menyelam mencari dan telah berjaya merampas atau menjumpai semula motor tersebut\”, katanya di sini.

Empat daripada suspek merupakan pelajar sekolah manakala tiga lagi tidak bersekolah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....