Home Nasional Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

KUALA KEDAH, 20 September – Kira-kira 35,000 nelayan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor terjejas pendapatan sejak 12 hari lalu akibat cuaca buruk.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari berkata, secara tidak langsung segala aktiviti perikanan tergendala serta menghalang mereka untuk turun ke laut.

Susulan itu, dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan ikan di pasaran, penyediaan stok simpanan ikan sejuk beku menerusi kaedah Q\’Fish diperkenalkan sebagai langkah alternatif untuk memenuhi permintaan pengguna.

\”Walaupun ramai pengguna merungut mengenai kekurangan ikan segar, mereka masih boleh mendapatkan ikan sejuk beku dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Q\’Fish.

\”Pada ketika ini bekalan ikan masih mencukupi di pusat pengumpulan stok simpanan seluruh negara,\” katanya kepada RTM.

Q\’Fish merupakan ikan segar yang dibekukan menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF).

Di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebanyak 8 spesis ikan kegemaran rakyat dipilih untuk kaedah Q\’Fish, antaranya Ikan Kembung, Selar, Pelaling, Selayang, Cencaru, Tilapia, Keli dan Aya atau Tongkol.

Beliau turut menasihatkan para nelayan agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersabar menghadapi keadaan cuaca yang sukar diramal.

Ahmad Tarmizi Mohd Jamil, seorang nelayan berpengalaman 40 tahun, berkata cuaca buruk kali ini lebih ekstrem dengan ombak yang sangat kuat.

“Saya tidak pernah menjangka cuaca sebegini buruk dengan ombak yang terlalu kuat,\” katanya.

Kawasan persisiran pantai Kuala Kedah turut terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...