Home Nasional Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid di SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching

KUCHING, 21 April- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang untuk menyelitkan elemen patriotisme dalam program-program anjurannya, termasuk yang melibatkan aspek keibubapaan dan pembangunan kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, meskipun patriotisme bukan merupakan tanggungjawab teras kementeriannya, namun penyampaian mesej cintakan negara boleh disampaikan melalui program sedia ada, terutamanya kepada golongan ibu bapa.

“Yang penting ialah mesej itu sampai. Kita nak rakyat terutama ibu bapa sedar bahawa menjadi warganegara Malaysia datang dengan tanggungjawab. Contoh mudah, bila anak ke sekolah, jangan lupa pakaikan mereka dengan bendera. Itu antara nilai yang boleh dipupuk dari rumah,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, pelaksanaan unsur patriotisme ini bukan sekadar simbolik tetapi sebagai usaha membentuk jati diri rakyat bermula dari institusi keluarga.

Datuk Seri Nancy berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid di SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Haji Mahi serta Pengetua SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Fatimah Wan Adini.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta
Nasional

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Faitul Nizam RoslanALOR...