Wednesday , 20 November 2024
Home Nasional Chow Kon Yeow umum tidak pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Nasional

Chow Kon Yeow umum tidak pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Chow Kon Yeow umum tidak pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Chow Kon Yeow ditemui dalam satu sidang media di KOMTAR, George Town / FOTO RTM

GEORGE TOWN, 4 September- Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan tidak akan pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang bagi pemilihan akan datang pada 22 September nanti.

Keputusan itu diambil beliau bagi memberi laluan dan peluang kepada generasi baharu untuk memimpin dalam melaksanakan rancangan penggantian kepimpinan negeri.

\”Selepas membuat pertimbangan sewajarnya, saya telah membuat keputusan untuk tidak menerima pencalonan untuk bertanding.

\”Apabila saya dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri 2023, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook telah mengarahkan saya untuk melaksanakan rancangan penggantian kepimpinan negeri.

\”Justeru, saya telah memutuskan untuk mengambil langkah pertama dengan memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk memimpin DAP Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa negeri,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di KOMTAR, George Town.

Terdahulu, beliau menerima surat rasmi dari DAP Pusat berkaitan pencalonan dirinya pada 27 Ogos lalu.

Chow menaruh keyakinan terhadap perwakilan parti untuk memilih Jawatankuasa DAP negeri untuk meneruskan misi politik parti di Pulau Pinang.

Beliau telah menjawat jawatan Pengerusi DAP negeri selama 25 tahun.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...