Home Nasional Chegu Bard direman dua hari, dakwaan kes rasuah TLDM
Nasional

Chegu Bard direman dua hari, dakwaan kes rasuah TLDM

Chegu Bard direman dua hari, dakwaan kes rasuah TLDM

Datuk Rusdi Md Isa

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Md Isa mengesahkan penahanan Chegu Bard pukul 3.00 petang semalam bagi menjalankan siasatan.

\”Kes disiasat mengikutSeksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kesalahan berkaitan dokumen kerajaan adalah serius.

\”…saya tengok ada keperluan untuk kita tahan dia (Chegu Bard) untuk kita dapatkan dokumen itu walaupun salinan. Kita nak tahu siapa yang memberikan dokumen itu. Sebab dokumen itu hak milik kerajaan atau ada individu tertentu yang memberinya sebab dia (Chegu Bard) bukan kerja di situ,\” katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di ibu negara.

Related Articles

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTMKANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi...

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Foto RTMKUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak...

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 8 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri terus...

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad
Nasional

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad

KPKT progresif tutup 2,634 tapak pelupusan sampah haram tahun 2024NILAI, 7 Disember...