KUALA LUMPUR, 16 April- Masyarakat perlu lebih peka terhadap pengezonan kawasan kediaman dalam pembangunan sesebuah bandar.
Dekan Fakulti Rekabentuk & Senibina Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Johari Mohd Yusof berkata, perkata itu termasuk mengenal pasti struktur tanah serta kawasan persekitaran sebelum membeli aset perumahan.
\”Rakyat kita ini sebenarnya kurang peka dari segi pemahaman kita terhadap pengezonan dalam perancangan bandar. Jika kita membeli satu tanah contohnya, kita kurang peka apakah guna tanah lain yang berada di sekitar.
\”Kita lebih tertumpu melihat kepada lot kita, berapa bilik, berapa bilik air dan sebagainya. Tetapi kita tidak melihat apakah zon guna tanah di sekitar kita yang kita beli tersebut. Adakah ia berisiko tinggi, bakal mengancam nyawa kita dan anak-anak kita. Saya rasa itu perkara yang perlu kita lihat sekarang,\” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media di sini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.
Bagaimanapun susulan insiden berkenaan, orang ramai dilihat mula cakna terhadap keperluan memahami persekitaran perumahan sebelum didiami.