Home Nasional Cadangan wajib ujian saringan HIV pelajar baharu untuk bendung penularan
Nasional

Cadangan wajib ujian saringan HIV pelajar baharu untuk bendung penularan

Cadangan wajib ujian saringan HIV pelajar baharu untuk bendung penularan

Dr Zambry Abdul Kadir

KANGAR, 14 Julai- Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum akan kebimbangan yang disuarakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk meneliti secara mendalam cadangan mewajibkan ujian saringan HIV terhadap pelajar baharu yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menteri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ujian awal HIV bukan bertujuan mendiskriminasi pelajar, namun sebagai langkah pencegahan segera supaya ia tidak menular dalam kalangan anak muda.

\”Itu telahpun dilakukan selama ini, cuma mungkin kali ini diwar-warkan, dibahaskan di Parlimen, pendedahan bilangannya (kes HIV) dan sebagainya.

\”(Bagaimanapun) laporan perubatan bagi seseorang pelajar untuk masuk IPT itu semua dilakukan… jadi ia bukan satu perkara baru,\” katanya ketika Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.

Turut diadakan majlis apresiasi untuk tujuh orang pelajar cemerlang SPM 2023 bagi Parlimen Kangar.

Terdahulu, Zambry berkata, seramai 214 pelajar berusia antara 18 hingga 25 tahun dari institusi awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020 diikuti 186 kes (2021), 221 kes (2022) dan 244 kes (2023).

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...