Home Nasional Cadangan kembalikan 20 peratus tanah pajakan masih diteliti
Nasional

Cadangan kembalikan 20 peratus tanah pajakan masih diteliti

Cadangan kembalikan 20 peratus tanah pajakan masih diteliti

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 September- Cadangan agar syarikat-syarikat perladangan yang telah tamat tempoh pajakan mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah kepada kerajaan masih dalam penelitian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu memerlukan pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Bagaimanapun tanah yang dimaksudkan tidak termasuk plot industri atau kebun, sebaliknya hanya tanah perladangan.

\”Namun cadangn ini masih dalam pemerhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ianya perlu mendapat pandangan kerajaan negeri kerana kuasa tanah adalah kuasa kerajaan negeri,\” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia CARS 2024 (Asia Road Safety) di sini.

Perkara itu dinyatakan sebagai penjelasan kepada cadangan yang dikemukakannya semalam agar syarikat-syarikat yang ingin menyambung pajakan mereka dengan kerajaan, mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah yang dipajak jika mereka mahu meneruskan pajakan tersebut.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Jawatankuasa Pemandu) Majlis Ekonomi Bumiputera berkata cadangan itu, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat faedah daripada tanah yang dikembalikan itu.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...