Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) meminta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan khusus Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu serta langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) bertanyakan Menteri Kerja Raya berkaitan prosedur operasi standard ditetapkan kepada pihak kontraktor bagi memastikan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah tidak menjadi punca kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas) kepada Menteri Dalam Negeri mengenai usaha kerajaan dalam menentukan garisan sempadan darat dan maritim di antara Malaysia, Brunei dan Indonesia pada sesi soal jawab.

Selain itu Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan impak rasionalisasi subsidi diesel terhadap harga barangan dan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan tujuh rang undang-undang (RUU) bagi bacaan kali pertama iaitu RUU Kastam (Pindaan) 2024, RUU Eksais (Pindaan) 2024, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2024, RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2024 serta RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024 yang dijadual dibentangkan Menteri Kewangan.

Selain itu RUU Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 dan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 yang dijadual dibentangkan Menteri Pengangkutan.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dijangka membentangkan usul untuk Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) dipilih bagi menggantikan Wong Shu Qi (PH-Kluang) sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sebelum persidangan menyambung sesi perbahasan RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 bagi bacaan kali kedua.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga Khamis ini.- BERNAMA

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...