Home Nasional Buli UPNM: 16 individu termasuk mangsa, suspek selesai beri keterangan
Nasional

Buli UPNM: 16 individu termasuk mangsa, suspek selesai beri keterangan

Buli UPNM: 16 individu termasuk mangsa, suspek selesai beri keterangan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 November- Seramai 16 individu telah selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes buli dan penderaan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mereka yang dipanggil terdiri daripada beberapa pegawai kadet dan kakitangan UPNM, termasuk mangsa serta suspek.

\”Bahan bukti berupa seterika yang dipercayai digunakan dalam kejadian penderaan tersebut turut dirampas,\” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah bahawa pihak polis masih menunggu laporan perubatan mangsa.

Menurutnya lagi, tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

BERITA BERKAITAN:

  • Mindef siasat kes pelajar kadet UPNM dibuli
  • \’Jangan tolak ansur dalam kes buli\’ – Anwar
  • ATM tidak berkompromi terhadap pihak terbabit kes buli di UPNM – PAT
  • ATM siasat dakwaan pegawai UPNM dibuli & dera oleh senior

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....