Home Nasional Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi
Nasional

Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

Imej buaya itu yang dirakam dron Jabatan Perhilitan di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam

SHAH ALAM, 5 September- Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, buaya yang ditemukan mendiami Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini berjaya ditangkap, malam tadi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam, ketika pemeriksaan dijalankan anggotanya.

Beliau berkata berikutan kejayaan tersebut Perhilitan Selangor akan mengadakan pemantauan susulan selama dua hari dan kawasan berkenaan akan ditutup bagi tempoh sama pada waktu malam, bagi memastikan tiada buaya lain di dalam tasik itu.

\”Alhamdulillah operasi telah selesai dijalankan dan kita berjaya menyelamatkan buaya tembaga sepanjang 1.68 meter dengan anggaran berat sekitar 15 ke 20 kilogram.

\”Faktor utama kejayaan operasi ini sebab kita berjaya kosongkan kawasan rekreasi ini pada waktu malam, jadi kurang gangguan membuatkan dia termakan dengan umpan ayam segar yang kita letakkan,\” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini semalam.

Mohd Adib berkata buaya tersebut akan ditempatkan di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor dan akan melalui proses kuarantin bagi memastikan reptilia itu tidak membawa sebarang penyakit. -BERNAMA

Related Articles

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik
Nasional

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing/ BERNAMAKUALA LUMPUR,...

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur
Nasional

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 48...

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan...

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTMALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...