Home Nasional Bot nelayan tempatan dioperasi kru Myanmar ditahan – Maritim
Nasional

Bot nelayan tempatan dioperasi kru Myanmar ditahan – Maritim

Bot nelayan tempatan dioperasi kru Myanmar ditahan – Maritim

Foto Fail

KUALA TERENGGANU, 27 Oktober– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai menggunakan awak-awak warga Myanmar tanpa dokumen sah, hari ini.

Pengarahnya,Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata bot itu ditahanpada pukul 11.20 pagi pada kedudukan tujuh batu nautika dari perairan Kemaman ketika pihaknya menjalankan rondaan menerusi Op IMAN.

“Ketika rondaan dilakukan, anggota penguat kuasa telah terserempak dengan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berada dalam keadaan mencurigakan,\” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, empat kru termasuk tekong merupakan warga Myanmmar berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua mereka ditahan manakala bot, peralatan menangkap ikan dan minyak diesel dianggarkan sebanyak 10,000 liter diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Siasatan dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.-BERNAMA

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...