Home Nasional BKKA rancakkan ekonomi, manfaat penjawat awam dan peniaga
Nasional

BKKA rancakkan ekonomi, manfaat penjawat awam dan peniaga

BKKA rancakkan ekonomi, manfaat penjawat awam dan peniaga

Pengerusi Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani

ALOR SETAR, 23 Mac– Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bukan hanya dinikmati secara langsung oleh penjawat awam dan pesara, malah mampu merancakkan ekonomi negara.

Pengerusi Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani berkata penjawat awam dan pesara yang menerima bantuan kewangan akan berbelanja untuk membeli barangan keperluan hari raya Aidilfitri.

\”Apabila penjawat awam menerima bantuan tersebut, mereka akan berbelanja dan sudah pasti kitaran wang itu berada dalam kitaran ekonomi negara dan bukan saja tempiasnya akan dinikmati oleh penjawat awam tetapi juga para peniaga kita termasuk penjaja-penjaja kecil.

Mereka akan berbelanja wang tersebut. Saya yakin untuk membeli persiapan raya dan juga juadah untuk berbuka sedikit sebanyak dan dapat meraikan anak-anak yang dapat keputusan UPKK baru-baru ini. Jadi, ini sebenarnya memberi satu suasana yang cukup positif dan harmoni kepada negara kita,\” kata Shamsul Bahar kepada pemberita RTM, di sini.

Tambahnya, beliau yakin kerajaan Persekutuan akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberiaan BKKA sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak.

Selain itu, bantuan khas sebanyak RM250 turut dibayar kepada pesarakerajaan iaitu pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan mencecah RM900 juta dan pembayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....