Home Nasional Bilik sewa terbakar: Dua beradik maut, ibu kritikal
Nasional

Bilik sewa terbakar: Dua beradik maut, ibu kritikal

Bilik sewa terbakar: Dua beradik maut, ibu kritikal

Kebakaran yang berlaku di bangunan rumah kedai di Jalan Plaza Mahkota, Banda Hilir meragut nyawa dua beradik, manakala ibunya kritikal

MELAKA, 11 Julai – Dua beradik maut manakala ibu mereka kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Plaza Mahkota Melaka, Banda Hilir di sini petang tadi.

Mangsa, Nuralia Karisa Abdullah, 12 tahun dan adiknya Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2 tahun empat bulan dipercayai terhidu asap ketika berada di bilik sewa mereka di blok bangunan tersebut.

Manakala ibu mereka, Azliha Ngah Ariffin, 40 tahun dilaporkan kritikal sedang dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) , Christopher Patit berkata bangunan tiga tingkat itu dijadikan bilik sewa di tingkat dua dan tiga dengan mempunyai 21 bilik sewa dan hanya 6 berpenghuni.

\”Namun ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu tiada mangsa lain dilaporkan dipercayai mereka tiada di bilik kerana bekerja.

\”Manakala tiga beranak tersebut dipercayai terperangkap sebelum berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital,\” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sementara itu menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, siasatan mendapati kebakaran dipercayai bermula daripada ruang pejabat yang berada di tingkat satu sebelum asap tebal merebak ke bilik-bilik sewa di tingkat dua dan tiga.

Namun punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....