Home Nasional BHEUU, UNODC tubuh jawatankuasa perkukuh tindakan terhadap jenayah siber
Nasional

BHEUU, UNODC tubuh jawatankuasa perkukuh tindakan terhadap jenayah siber

BHEUU, UNODC tubuh jawatankuasa perkukuh tindakan terhadap jenayah siber

Datuk Seri Azalina Othman Said / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 6 November – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Undang-Undang bersama Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) untuk memperkukuh sistem keadilan negara dalam menangani isu jenayah siber menggunakan pendekatan moden.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jawatankuasa khas antara kementerian dan agensi juga akan ditubuhkan bagi menyokong pembaharuan dalam perlindungan kanak-kanak, keadilan jenayah, dan jenayah siber, termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI).

“Saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ghada Fathi Waly, Ketua Pengarah merangkap Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di Vienna (UNOV) dan UNODC, bersama Ikram Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Republik Austria.

\”Dalam pertemuan ini, UNODC berkongsi cadangan mengenai konvensyen jenayah siber antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu yang pertama, yang sedang dipertimbangkan oleh Perhimpunan Agung PBB,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, di sini.

Konvensyen tersebut bertujuan untuk menangani isu kritikal termasuk penderaan seksual kanak-kanak dalam talian, bahan penderaan seksual kanak-kanak, dan penyebaran imej intim tanpa persetujuan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....