Home Nasional Bersihkan nama negara dari rasuah, elak ketirisan tender
Nasional

Bersihkan nama negara dari rasuah, elak ketirisan tender

Bersihkan nama negara dari rasuah, elak ketirisan tender

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

NEW DELHI, 21 Ogos– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nama negara dibersihkan dari unsur rasuah.

Jelasnya, ia perlu bermula dengan mengelakkan ketirisan tender.

\”Kita perlu bersihkan negara ini dari rasuah, salah guna kuasa. Setiap tender besar, mesti hendak ambil komisen. Itu bukan duit bapa kamu! Itu duit rakyat!

\”Kamu perlu mengawalnya. Ia bukan senang, tapi perlu amalkan. Saya perlu berikan kredit kepada kabinet saya, tiada seorang pun persoal isu berkaitan tender\”, katanya.

Datuk Seri Anwar turut mengakui nama negara terpalit dengan amalan buruk rasuah, susulan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan persepsi itu perlu diubah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama diaspora Malaysia di Konsulat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, New Delhi.

Lebih 200 pegawai diplomasi, ahli perniagaan dan pelajar hadir ke majlis berkenaan.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...