Friday , 20 September 2024
Home Nasional Berhati-hati dengan kandungan terlarang dalam SMS
Nasional

Berhati-hati dengan kandungan terlarang dalam SMS

Berhati-hati dengan kandungan terlarang dalam SMS

Foto Fail

CYBERJAYA, 2 September – Arahan larangan terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikuatkuasakan bermula 1 September 2024.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, penguatkuasaan itu bagi melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS seperti menyamar sebagai pihak berwibawa, termasuk entiti awam dan swasta untuk memperdaya orang ramai.

Kandungan terlarang adalah termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi, dan nombor telefon untuk dihubungi (callback number).

\”Sehubungan itu, MCMC menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut. SMS yang mengandungi elemen-elemen ini wajar dianggap sebagai berisiko tinggi dan berpotensi besar mengandungi unsur penipuan,\”kata MCMC.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain seperti Google RCS, Apple iMessage serta aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram.

\”Orang ramai yang masih menerima SMS sedemikian boleh mengemukakan aduan kepada MCMC melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my dengan menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan, serta tangkapan skrin SMS yang diterima, kata MCMC menerusi kenyataan itu.

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...