Home Nasional Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih
Nasional

Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih

Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih

Foto fail

ALOR SETAR, 23 September – Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah terus berkurangan dari masa ke masa berikutan keadaan banjir semakin pulih.

Kebanyakan penduduk telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat pukul 8.00 pagi tadi seramai 7,518 penduduk daripada 2,392 keluarga masih ditempatkan di 37 PPS di lima daerah.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, Daerah Kota Setar masih lagi mencatat angka tertinggi berbanding daerah lain iaitu 4,961 orang daripada 1,616 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS; dan Pendang, 1,570 orang daripada 477 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.

\”Kubang Pasu pula mencatat jumlah penduduk seramai 634 orang daripada 195 keluarga yang ditempatkan di 5 PPS; Bandar Baharu, 120 penduduk daripada 27 keluarga ditempatkan di satu PPS.

\”Manakala di Pokok Sena, seramai 233 penduduk daripada 195 keluarga masih ditempatkan di dua PPS iaitu PPS Maahad Tarbiyah Islamiah Derang dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang,\” menurut JBPN Kedah.

Semalam, tiga PPS di Pokok Sena telah ditutup PPS SK Bukit Hijau, PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena dan PPS Surau Permatang Limau.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....