Home Nasional Benteng takungan air di Taman Seri Alam pecah – Bomba
Nasional

Benteng takungan air di Taman Seri Alam pecah – Bomba

Benteng takungan air di Taman Seri Alam pecah – Bomba

FOTO JBPM SELANGOR

SHAH ALAM, 29 Disember- Benteng takungan air bersebelahan Taman Seri Alam di Saujana Utama dekat Sungai Buloh, Petaling Jaya dilaporkan pecah dan melimpah ke seluruh taman perumahan itu petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar bagaimanapun berkata tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.15 petang.

\”Susulan itu, seramai lima pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di kawasan itu, didapati paras air di kawasan taman berkenaan adalah pada ketinggian satu kaki.

\”Ekoran itu, kerja-kerja pemindahan mangsa yang terjejas telah dijalankan bersama PBS Saujana Utama,\” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata ketika ini air telah surut namun kerja pemantauan sedang dilakukan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....