Home Nasional Bencana alam, pendekatan alam sekitar sebagai alternatif mitigasi banjir
Nasional

Bencana alam, pendekatan alam sekitar sebagai alternatif mitigasi banjir

Bencana alam, pendekatan alam sekitar sebagai alternatif mitigasi banjir

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad

KUALA LUMPUR, 5 November– Penyelesaian berasaskan alam sekitar atau \’nature base solution\’ bagi menangani risiko bencana wajar dilaksanakan terutama dalam menangani isu banjir.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yang merasakan ia adalah alternatif kepada pendekatan kejuruteraan sedia ada.

\”Misalnya menambah kapasiti takungan air dan mewartakan rizab sungai serta kawasan tanah lembab (wetlands) sebagai zon mitigasi banjir.

Semua ini adalah pendekatan lebih lestari dan berkesan,\” kata Datuk Seri Ir. Hasni di Parlimen.

Sementara itu, beliau turut menjawab celahan wakil Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang bertanyakan mengapa pendekatan kejuruteraan lebih popular dalam usaha mitigasi banjir.

\”Kemungkinan ada kebimbangan di pihak kerajaan untuk mengambil pendekatan kejuruteraan sebagai langkah memenuhi ESG ini dan tidak melalui pendekatan alam dan semula jadi.

Kita tidak perlu bimbang kalau sekalipun kita menggunakan kaedah alam semula jadi bagi menangani perubahan iklim ini. Ia tidak menjejaskan negara kita sebagai negara industri atau menarik pelabur-pelabur perindustrian,\” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....