Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Belanjawan 2025: KPK mohon RM10 juta atasi ulat bungkus
Nasional

Belanjawan 2025: KPK mohon RM10 juta atasi ulat bungkus

Belanjawan 2025: KPK mohon RM10 juta atasi ulat bungkus

Foong Hin menunjukkan ulat bungkus yang menyerang ladang-ladang kelapa sawit milik pekebun kecil dalam negara

BERUAS, 9 September-Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memohon peruntukan khusus sebanyak RM10 juta untuk kawalan bersepadu serangga perosak ulat bungkus menerusi Belanjawan 2025.

Timbalan Menterinya Datuk Chan Foong Hin berharap Kementerian Kewangan (MOF) mempertimbangkan peruntukan itu dalam belanjawan akan datang untuk membantu pekebun kecil.

Beliau menegaskan bahawa jika tidak ditangani, serangan ulat bungkus boleh mengurangkan pengeluaran hasil sawit negara sehingga 44 peratus dan merugikan pekebun kecil.

\”Peruntukan RM10 juta ini adalah permintaan KPK selepas perbincangan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengurusan tertinggi. Kami memohon daripada MOF untuk belanjawan tahun depan.

\”Kalau ada serangan ulat bungkus barulah kita guna peruntukan ini. Maksudnya bukan bila kita dapat RM10 juta tu kita terus belanja. Tidak. Peruntukan ini hanya digunakan bila perlu. Ini adalah sebahagian daripada \’wish list\’ kita,\” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Data MPOB menunjukkan sebanyak 6,500 hektar kawasan pekebun kecil persendirian di Perak telah diserang ulat bungkus.

Beliau melakukan lawatan kerja ke Beruas untuk operasi semburan udara kawalan serangga perosak dan sesi ramah mesra bersama pekebun kecil sawit di Kampung Banjar di sini.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...