Home Nasional Belanjawan 2025 : Kementerian Komunikasi fokus pemantapan prasarana & kesalinghubungan
Nasional

Belanjawan 2025 : Kementerian Komunikasi fokus pemantapan prasarana & kesalinghubungan

Belanjawan 2025 : Kementerian Komunikasi fokus pemantapan prasarana & kesalinghubungan

Fahmi berucap pada Program Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Batu Uban, Gelugor / FOTO RTM

GEORGE TOWN, 5 Oktober- Pemantapan prasarana kesalinghubungan menjadi antara fokus Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2025.

Ini termasuk usaha menaik taraf capaian internet di 4,000 buah sekolah pedalaman, kawasan pulau dan universiti awam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebelum ini menerusi projek Point Of Presence (POP), capaian tersebut hanya terhad di luar pagar sekolah dan tidak menyeluruh.

Justeru, beliau melihat terdapat keperluan untuk kementerian memperbaiki isu tersebut.

Ini bakal dilaksana dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan telah mengarahkan satu perbincangan dijalankan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),bagi mengenal pasti sebarang isu berkaitan internet di universiti awam.

\”Perdana Menteri juga telah menyarankan supaya kita memberi fokus menyelesaikan masalah internet di kampus, di universiti-universiti awam dan saya telah minta pihak MCMC segera berbincang dengan pihak KPT untuk kita kenal pasti kampus mana, isu internet sama ada internet luar, internet dalam bangunan ataupun internet Wi-Fi contohnya, yang mana yang perlu kita bantu kampus,\” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam Program Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Batu Uban, Gelugor, malam tadi.

Dalam perkembangan berlainan, Fahmi menggesa Komuniti MADANI membuat pengesahan berhubung maklumat yang diperoleh dalam memastikan kesahihannya.

Fahmi berkata Segmen \”Biar Betul!\” terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara platform terbaik memastikan maklumat tepat disampai kepada masyarakat.

Justeru, platform itu jelasnya wajar dimanfaatkan dalam menangkis penyebaran berita palsu.

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...