Home Nasional Belanjawan 2025 beri tumpuan isu kos sara hidup
Nasional

Belanjawan 2025 beri tumpuan isu kos sara hidup

Belanjawan 2025 beri tumpuan isu kos sara hidup

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 6 Ogos- Menangani dan mengurangkan kos sara hidup akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentangkang di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.

\”Gula, minyak, tepung dan minyak masak kita murah. Namun bagi rakyat di Malaysia ini masih merasa terbeban. Dia tak banding dengan Thailand, Singapura dan Indonesia.

\”Sebab itu dalam belanjawan ini, selain daripada isu-isu yang kita bicarakan, masalah kartel, monopoli, punca kenaikan harga barang seperti baja dan biji benih harus kita tangani.

\”Kementerian Kewangan harus memikirkan usaha ke arah itu dengan merentas kementerian,\” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menerusi rentas kementerian, ia dilihat sebagai usaha dalam memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....