Friday , 20 September 2024
Home Nasional Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Eddin Syazlee Shith dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Bekas ahli Parlimen Kuala Pilah yang juga mantan Ketua Bersatu Negeri Sembilan dilaporkan kembali ke rahmatullah pada pukul 7.10 pagi tadi di kediamannya di Taman Bukit Chedang, Seremban.

Sumber ahli keluarga allahyarham memaklumkan, allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kanser pankreas tahap 4.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Bukit Chedang pada pukul 9.30 pagi ini untuk urusan jenazah dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat,” menurut sumber ahli keluarga.

Dilahirkan pada 2 Januari 1974 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, allahyarham meninggalkan dua isteri dan tiga anak.

Allahyarhan dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, dari tahun 2018-2020 semasa pentadbiran parti Bersatu bersama Pakatan Harapan bawah pimpinan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyaraham juga pernah dilantik sebagai sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2020.

Bagimanapun beliau meletak jawatan sebagaiTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Parlimen dan Undang-Undang) selepas Tan Sri Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri; kemudian disusuli perletakan jawatan 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, allahyarham pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) antara 2021-2022.

Dalam kerjaya politik, beliau mencatat sejarah bermakna, khususnya di Kuala Pilah apabila menjadi wakil rakyat Bersatu pertama memenangi pilihan raya umum di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14, iaitu pada tahun 2018.

Allahyarham berjaya menewaskan penyandang parti Barisan Nasiona, Datuk Hasan Malek dengan majoriti 200 undi.

Kali terakhir penyertaan dalam pilihan raya, ketika Pilihan Raya Negeri pada pada penghujung tahun 2023. Bagaimanapun, beliau tewas dengan majoriti tipis 78 undi kepada calon Barisan Nasional, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara
Nasional

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara

Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara susulan amaran angin...