Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia
Nasional

Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia

Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia

Foto Facebook saaranimohamadofficial

IPOH,25 Julai-Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang semalam (Rabu).

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook, malam tadi.

\”Menerima khabar duka, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

\”Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini,\” katanya.

Allahyarham Datuk Mat Isa pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bagi penggal 2001/2003 dan dilantik menjadi Speaker DUN Perak selama satu penggal bermula 2004.

Related Articles

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 
Nasional

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 

Exco Sains, Teknologi, Inovasi  dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam RoslanAYER...

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara
Nasional

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMASUBANG JAYA, 6 Disember–...

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia
Nasional

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 5 Disember – Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari...

Daerah Jeli kembali dilanda banjir
Nasional

Daerah Jeli kembali dilanda banjir

Foto RTMTUMPAT, 5 Disember – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah...