Home Nasional Bekas Penerbit Rancangan RTM Melaka meninggal dunia
Nasional

Bekas Penerbit Rancangan RTM Melaka meninggal dunia

Bekas Penerbit Rancangan RTM Melaka meninggal dunia

Jenazah Allahyarham Norazlin Mohamad, 52 (foto kecil) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Datuk Andak hari ini

JASIN, 13 Disember- Bekas Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka, Norazlin Mohamad, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Datuk Andak, Serkam Pantai di sini selepas solat Jumaat tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 7.42 malam semalam (Khamis) di Hospital Melaka akibat komplikasi jantung.

Beliau meninggalkan suami, Abdul Wahab Ishak, 59, dan dua anak berusia 22 dan 24 tahun.

Norazlin yang menghidap diabetes sejak 2017 turut didiagnos dengan penyakit buah pinggang setahun kemudian. Komplikasi tersebut menjejaskan penglihatannya dan menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong pada 2020.

Disebabkan keadaan kesihatannya,AllahyarhamNorazlin mengambil keputusan bersara awal pada 2022 bagi menjalani rawatan dialisis secara berkala.

Norazlin pernah bertugas di Unit Berita Radio di Angkasapuri sebelum berpindah ke RTM Melaka pada 2017.

Beliau juga merupakan salah seorang penerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA pada awal tahun lalu.

BERITA BERKAITAN

  • Fahmi santuni bekas penerbit RTM Melaka menerusi Tabung Kasih@HAWANA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....