Home Nasional Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia

Allayarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, 86 tahun

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Apandi berkata pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

\”Jenazah akan dikebumikan esok pada 10.00 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah,\” katanya.

Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman. -BERNAMA

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...