Home Nasional Bazar Ramadan Tani FAMA Perlis dijangka catat nilai jualan RM1.5 juta
Nasional

Bazar Ramadan Tani FAMA Perlis dijangka catat nilai jualan RM1.5 juta

Bazar Ramadan Tani FAMA Perlis dijangka catat nilai jualan RM1.5 juta

Mohd Anzara Azizan berucap pada Sesi Taklimat Peserta Bazar Ramadan Tani FAMA Negeri Perlis

KANGAR, 24 Februari- Dua bazar Ramadan kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis akan mula beroperasi sepanjang Ramadan ini melibatkan bazar Ramadan di Pasar Tani Kekal Simpang Empat dan Dataran ABC Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kedua-dua lokasi berkenaan akan melibatkan seramai 94 orang usahawan bagi memberi peluang kepada usahawan bimbingan FAMA mencari rezeki tambahan selain daripada terlibat dalam Pasar Tani.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan, kedua-dua bazar berkenaan diunjurkan bakal mencatatkan nilai jualan mencecah RM1.5 juta sepanjang pengoperasiaannya.

Berikutan pembukaan bazar tersebut, orang ramai di sekitar kawasan berkenaan diharap tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bazar Ramadan FAMA kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan untuk semua juadah yang dijual, selain aspek kebersihan yang baik dan pihak berkuasa akan sentiasa melaksanakan pemantauan sepanjang operasi Bazar Ramadan.

Beliau memaklumkannya pada Sesi Taklimat Peserta Bazar Ramadan Tani FAMA Negeri Perlis yang disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Affendi Rajini Kanth di Dewan Melati, Pejabat FAMA Negeri Perlis.

Program tersebut merupakan medium penyampaian informasi berkaitan pematuhan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh FAMA, Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) bagi melancarkan pengoperasian Bazar Ramadan Tani kali ini.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...