Home Nasional Bau busuk bawa penemuan dua mayat di Muar
Nasional

Bau busuk bawa penemuan dua mayat di Muar

Bau busuk bawa penemuan dua mayat di Muar

Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong, di Muar membawa kepada penemuan dua mayat lelaki, pada Jumaat / Foto Hiasan

MUAR, 24 Ogos – Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong, di sini membawa kepada penemuan dua mayat lelaki, pada Jumaat.

Mayat tersebut dipercayai bapa dan anak, berumur 76 dan 37 tahun yang telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata siasatan awal mendapati anak lelaki itu merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Polis turut menemui seorang lagi wanita OKU berumur 44 tahun di dalam rumah yang sama dipercayai anak kepada lelaki berkenaan.

Wanita OKU tersebut ditemui dalam keadaan lesu dan kelaparan.

Kedua-dua mayat kini dalam proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...