Home Nasional Barat jangan ajar dunia Islam, hentikan naratif salah Gaza – PM
Nasional

Barat jangan ajar dunia Islam, hentikan naratif salah Gaza – PM

Barat jangan ajar dunia Islam, hentikan naratif salah Gaza – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Negara Barat tidak seharusnya mengajar dunia Islam tentang demokrasi, hak asasi manusia atau kemampanan pembangunan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Anwar menggesa negara-negara Barat untuk menghentikan naratif tidak tepat mengenai konflik di Gaza.

Dalam ucapannya pada Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Anwar menyatakan bahawa media yang dikuasai oleh Barat sering menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai situasi di Gaza.

\”Media Barat mengawal naratif, contohnya, menyebut tentang pelanggaran peraturan pada 7 Oktober. Namun, pemusnahan masjid sebenarnya telah berlaku sejak 1948 dan berterusan hingga kini.

\”Penjajahan langsung Masjidil Aqsa pada 1969 dan kini, genosid serta pembantaian yang tidak berkesudahan membabitkan bangunan, manusia, kanak-kanak, dan wanita,\” katanya.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan syarikat yang berdaftar dengan Israel, masuk dan melakukan sebarang aktiviti di negara ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....