Home Nasional BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6
Nasional

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

BAP: Agihan bermula 13 Januari, diperluas kepada pelajar Tingkatan 6

Pelajar sekolah menerima bantuan persekolahan/Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Januari – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2024/2025 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula 13 Januari ini.

KPM menerusi kenyataan berkata, agihan kepada murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula dijadualkan bermula 16 Februari depan.

Manakala bagi murid Tingkatan 6 baharu, akan dilaksanakan bermula 1 Julai.

\”Buat pertama kali, inisiatif ini turut diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan manfaat menyeluruh kepada pelbagai peringkat pendidikan.

\”Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta bagi pembayaran BAP sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar) kepada lebih 5.2 juta murid,\” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, agihan BAP akan dilakukan melalui beberapa kaedah, termasuk serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah atau ibu bapa/murid bagi sekolah menengah.

Selain itu, pengkreditan bayaran ke akaun bank murid atau ibu bapa akan dilaksanakan, dengan pengkreditan ke akaun bank ibu bapa bermula tahun 2025.

\”Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan,\” menurut kenyataan tersebut.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...