Monday , 23 December 2024
Home Nasional Banyak syarikat China tunjuk minat melabur di Pulau Pinang
Nasional

Banyak syarikat China tunjuk minat melabur di Pulau Pinang

Banyak syarikat China tunjuk minat melabur di Pulau Pinang

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 29 Julai- Pulau Pinang terima banyak permintaan daripada syarikat China bagi peluang pelaburan sepanjang tahun lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, perkara itu membuktikan keyakinan pelabur semakin meningkat terhadap ekonomi di Malaysia, khususnya di negeri itu.

\”Kita terima banyak permintaan sepanjang tahun lalu. Ini adalah fakta di mana tidak boleh dinafikan kerana banyak syarikat daripada China mencari Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Pulau Pinang.

\”Ketika ini, kita tidak lihat jumlah pelaburan berjaya yang besar, tetapi permintaannya tinggi. Bagi pihak kami, kita bersedia untuk menerima dan juga memnuhi permintaan ini,\” katanya dalam sidang media pengumuman \’The 2024 Asia-Pasific Semiconductor Summit and Expo (APSSE)\’ di sini.

APSSE itu bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober depan di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas.

Program anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) dengan kerjasama China Electronic Production Equipment Industry Association (CEPEA) dan disokong kerajaan negeri.

Sementara itu, Presiden MSIA Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, terdapat potensi dari segi peningkatan pertanyaan di Pulau Pinang dan Malaysia berikutan ekosistem sedia ada di negeri berkenaan.

\”Apa yang kita mahu adalah syarikat yang mampu memberi nikai tambah. Syarikat yang boleh mengukuhkan lagi ekosistem.

\”Banyak syarikat China yang sedang melaksanakan teknologi subsektor yang tidak ada di Malaysia dan kita sedar yang China mempunyai teknologi berkaitannya yang boleh membantu untuk mengukuhkan ekosistem. Syarikat-syarikat ini sangat dialu-alukan di Malaysia,\” katanya.

CEPEA memilih Pulau Pinang bagi membuat persidangan dan ekspo ini disebabkan kewujudan signifikan negeri ini dalam industri semikonduktor dan elektrik dan elektronik (E&E).

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...