Thursday , 5 December 2024
Home Nasional 'Banyak orang dapat ilmu, tapi hilang nilai, akhlak' – Anwar
Nasional

'Banyak orang dapat ilmu, tapi hilang nilai, akhlak' – Anwar

'Banyak orang dapat ilmu, tapi hilang nilai, akhlak' – Anwar

Program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai/Foto Polis Penang

PULAU PINANG, 2 November – Kepentingan pendidikan yang bukan sahaja fokus kepada penguasaan ilmu, tetapi juga menerapkan nilai dan akhlak yang tinggi dalam golongan anak muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sekali gus dapat mewariskan generasi kepimpinan yang dapat mewakili rakyat, menegakkan kebenaran dan keadilan.

Anwar turut menegaskan bahawa dalam bidang pendidikan, keseimbangan antara ilmu, nilai, dan akhlak adalah amat penting.

\”Kerana banyak orang dapat ilmu tapi hilang nilai, hilang akhlak, ini yang hilang. Jadi, anak muda itu harus ditanam kecintaan kepada ilmu, dan kemudian… satu kecintaan kepada ilmu, keduanya dia kena faham dan nilai,\” katanya pada program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa pendidikan harus menjadi medium pencerahan dan peluang untuk menanam nilai murni dalam diri pelajar.

\”Bila kita bicara dengan prinsip, bicara dengan idealisme, bicara menolak rasuah, kerosakan… ini kerana daripada hati nurani. Dari diri kita sendiri, pancaran—cernaan dari hati nurani yang menginginkan yang kemudian terungkai diterjemah dalam bentuk amal dan ini disuarakan dengan lantang,\” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...