Home Nasional Banyak khidmat bakti Dek Mat kepada masyarakat – Ahmad Zahid
Nasional

Banyak khidmat bakti Dek Mat kepada masyarakat – Ahmad Zahid

Banyak khidmat bakti Dek Mat kepada masyarakat – Ahmad Zahid

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak Allahyarham Ahmad Feardaus Daud yang meninggal dunia, hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menerusi satu hantaran di Facebook menyifatkan allahyarham yang lebih dikenali sebagai Dek Mat banyak menabur jasa untuk parti.

\”Allahyarham banyak menabur jasa untuk parti, khususnya melalui Skuad Sabil yang banyak memberikan bantuan serta khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan di seluruh negara.

\”Semoga Allah SWT menerima segala amal bakti Allahyarham dan menempatkannya di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga. Insya-Allah,\” menurut hantaran itu.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu.

\”Buat keluarga Allahyarham Ahmad Feardaus bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak – saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Salam takziah,\” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....