Home Nasional Bantuan tunai RM80,000 disalurkan kepada mangsa kebakaran di Bedong
Nasional

Bantuan tunai RM80,000 disalurkan kepada mangsa kebakaran di Bedong

Bantuan tunai RM80,000 disalurkan kepada mangsa kebakaran di Bedong

Sebanyak RM80,000 bantuan tunai segera telah disalurkan kepada 16 keluarga yang terkesan akibat kejadian kebakaran di Bedong, Kedah / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Sebanyak RM80,000 bantuan tunai segera telah disalurkan kepada 16 keluarga yang terkesan akibat kejadian kebakaran di Bedong, Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga terlibat, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan nelayan.

\”Setiausaha Politik saya saudara Kamil Munim telah mewakili saya menziarahi sejumlah 16 keluarga yang terkesan. Unit Pelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Negeri Kedah turut turun padang bagi menilai kerosakan akibat kejadian itu,\” katanya.

Selain itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut menyumbang sebanyak RM132,000 bagi membantu keluarga mangsa kebakaran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....