Home Nasional Bank buku perpustakaan awam negeri terima sumbangan orang ramai
Nasional

Bank buku perpustakaan awam negeri terima sumbangan orang ramai

Bank buku perpustakaan awam negeri terima sumbangan orang ramai

pada Program Dariku Untukmu dan Majlis Sumbangan Buku Kepada 16 SJKT di Kedah di sini, hari ini.

ALOR SETAR, 11 Ogos -Orang ramai digalakkan menyumbang buku-buku bersesuaian melalui bank buku di setiap Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri untuk diagihkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perpaduan, K. Saraswathy berkata usaha itu merupakan antara inisiatif meningkatkan bahan bacaan di SJKT, sekali gus menyuburkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah tersebut.

\”Kita sambut apa jenis juga buku asalkan ia akan membawa ilmu kepada kanak-kanak kecil dan saya juga mempelawa mereka yang simpan buku di almari tetapi tidak digunakan menjadi khazanah ilmu yang boleh dikongsikan dengan kanak-kanak kecil saya minta mereka untuk memberi buku-buku sebagai sumbangan kepada perpustakaan peringkat sekolah sebab ia boleh bantu pelajar dapat ilmu daripada buku-buku tersebut,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dariku Untukmu dan Majlis Sumbangan Buku Kepada 16 SJKT di sini, hari ini.

Ujarnya, program pertama agihan buku di Lembah Kelang telah dilaksanakan pada 17 Julai lalu membabitkan lapan SJKT dari Selangor dan tiga dari Kuala Lumpur.

Bagi program di Kedah hari ini, sebanyak 3,200 naskhah buku telah diagihkan meliputi pelbagai bidang seperti fiksyen kanak-kanak dan dewasa, pendidikan, bahasa dan sastera, bacaan ringan, motivasi dan nilai-nilai murni.

Related Articles

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik
Nasional

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing/ BERNAMAKUALA LUMPUR,...

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur
Nasional

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 48...

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan...

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTMALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...