Wednesday , 12 February 2025
Home Nasional Banjir: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Nasional

Banjir: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang

Banjir: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang

FOTO APM SEBERANG PERAI TENGAH

GEORGE TOWN, 17 September- Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah Pulau Pinang susulan banjir kilat yang berlaku selepas hujan berterusan selama tiga hari sejak Ahad lalu.

Penolong Pengarah Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mejar (PA) Kamal Jakarinah, memaklumkan seramai 60 penduduk daripada 38 keluarga telah ditempatkan di PPS setakat petang tadi.

Daerah Seberang Perai Utara (SPU) merupakan kawasan paling teruk terjejas.

Tiga PPS telah dibuka di daerah SPU iaitu di Dewan Labuh Banting, Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, dan Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang.

Di Seberang Perai Tengah (SPT), PPS dibuka di SK Penanti di Lubang Semang dan Dewan Bukit Teh manakala di Seberang Perai Selatan (SPS), PPS dibuka di Dewan Sungai Bakap dan Dewan MPKK Sanglang.

Setakat pukul 7.15 malam tadi, dua sungai di Pulau Pinang berada pada paras bahaya iaitu Sungai Muda di Bumbung Lima (SPU) dan Sungai Junjung di Simpang Ampat (SPS).

Sementara itu, Sungai Jawi di Jalan Sungai Jawi (SPS) mencatatkan paras amaran.

Related Articles

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet
Nasional

Usul penyeragaman agensi kerajaan dibentang dalam mesyuarat Kabinet

Usul bagi menyeragamkan beberapa agensi kerajaan dalam menangani isu pertindihan fungsi akan...

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah
Nasional

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah

FOTO PEJABAT DUN INDERA KAYANGANKANGAR, 12 Februari- Lebih 1,000 masyarakat Cina di...

Maritim Malaysia terima kapal induk baharu buatan Turkiye
Nasional

Maritim Malaysia terima kapal induk baharu buatan Turkiye

Foto Maritim MalaysiaPUTRAJAYA, 12 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)...

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri
Nasional

Anwar mahu pelaksanaan iPayment dipercepat, diperluas ke peringkat negeri

Anwar Ibrahim / Foto RTMPUTRAJAYA, 12 Februari- Semua kementerian dan agensi kerajaan...