Home Nasional Banjir: Terengganu meningkat, tiga negeri tidak berubah pagi ini
Nasional

Banjir: Terengganu meningkat, tiga negeri tidak berubah pagi ini

Banjir: Terengganu meningkat, tiga negeri tidak berubah pagi ini

Bantuan penghantaran kit makanan daripada pihak Istana Syarqiyyah ke PPS/APM Kemaman

KUALA LUMPUR, 12 Disember- TERENGGANU merekodkan kenaikan jumlah penduduk terjejas banjir pagi ini iaitu 3,951 orang berbanding 3,778 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan paling terjejas adalah daerah Kemaman iaitu 3,761 orang (862 keluarga) di lapan PPS, manakala 190 orang (45 keluarga) di empat PPS bagi daerah Dungun setakat pukul 6.00 pagi ini.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan penduduk terjejas di Johor, Pahang dan Perak adalah tidak berubah pagi ini.

Setakat pukul 6.00 pagi, JOHOR kekal 139 orang daripada 38 keluarga di tiga PPS — daerah Segamat (85) dan Tangkak (54), manakala PAHANG 44 orang daripada 10 keluarga di tiga PPS — Jerantut (40) dan Maran (empat).

Di PERAK kekal 34 orang daripada 11 keluarga yang masih berlindung di satu PPS dekat Perak Tengah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....