Home Nasional Banjir temenung di Pendang dijangka pulih dalam seminggu
Nasional

Banjir temenung di Pendang dijangka pulih dalam seminggu

Banjir temenung di Pendang dijangka pulih dalam seminggu

Banjir di Kedah/Foto fail

PENDANG, 9 Oktober – Banjir temenung yang melanda beberapa kawasan di sini dijangka mengambil masa sekitar seminggu lagi untuk pulih sepenuhnya, bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, berkata paras air di beberapa kampung berhampiran Sungai Pendang masih belum surut walaupun banjir telah berlaku sejak beberapa hari lalu. Antaranya Kampung Alor Ali dan Kampung Tok Pauh di Tokai yang masih ditakungi air sejak beberapa minggu lepas.

Beliau menasihatkan penduduk agar berwaspada dan segera berpindah ke lokasi selamat jika kediaman mereka mula dinaiki air.

Pada masa sama, penduduk yang telah pulang ke rumah atau masih tinggal di kediaman masing-masing diingatkan untuk berhati-hati dengan reptilia berbisa seperti ular.

\”Cabaran buat pihak APM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ramai penduduk yang enggan berpindah pada waktu siang, tetapi hanya keluar pada waktu malam. Ini merisikokan penyelamat yang terpaksa bekerja dalam keadaan gelap. Nasihat saya, patuhi arahan pihak berkuasa dan bawa dokumen serta ubat-ubatan yang diperlukan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ke rumah saudara mara terdekat,\” kata Yuslina.

Beliau menyampaikan nasihat ini selepas meninjau dan membantu memindahkan penduduk terjejas di Kampung Tok Pauh, di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr. Ismail Salleh, memaklumkan lebih 2,300 hektar kawasan sawah padi di Wilayah Tiga, yang terletak di kawasan sama, masih ditenggelami air. Pergerakan air dari kawasan sawah ke Sungai Pendang sangat perlahan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....