Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Banjir: Sembilan penduduk terperangkap diselamatkan
Nasional

Banjir: Sembilan penduduk terperangkap diselamatkan

Banjir: Sembilan penduduk terperangkap diselamatkan

Foto RTM

SLIM RIVER, 24 Ogos – Sembilan penduduk yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air akibat kejadian kepala air di Kampung Pasir, Slim River diselamatkan, malam tadi (Jumaat).

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Pasir.

Hujan berterusan sejak petang Jumaat menyebabkan beberapa kawasan di daerah Mualim dilanda banjir dan berlaku kejadian kepala air.

Insiden itu juga mengakibatkan Jambatan Slim Village runtuh dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terperangkap akibat kejadian kepala air di Risda Eco Park, Ulu Slim River.

Mereka bagaimanapun berjaya keluar dari kawasan berkenaan setelah air surut.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...