Home Nasional Banjir Sarawak: 1 PPS masih aktif di Bintulu
Nasional

Banjir Sarawak: 1 PPS masih aktif di Bintulu

Banjir Sarawak: 1 PPS masih aktif di Bintulu

FOTO APM TATAU

KUCHING, 26 Januari- Situasi banjir di Sarawak kekal dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Tatau, Bintulu, menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak.

PPS Rumah Steven di Daerah Tatau menempatkan 33 penduduk daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah itu sejak Khamis lepas.

Jawatankuasa berkenaan turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang iaitu Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....